Tag Archives for " kejurulatihan "

Perbezaan Di Antara Kejurulatihan, Mentoring, Latihan, dan Kaunseling

coaching mentoring training counselling

Sama ada kejurulatihan, mentoring, latihan, ataupun kaunseling, ianya hanya berbeza dari segi gaya kepimpinan dan pendekatan yang digunakan. Semuanya mempunyai satu matlamat yang sama, iaitu memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi seorang atau kumpulan.

Apa itu Kejurulatihan (Coaching)?

coaching

Sama ada individu ataupun kumpulan, kejurulatihan adalah cara untuk membina integrasi kerja-hidup, meningkatkan prestasi kerja, kemahiran komunikasi yang lebih baik, serta meningkatkan produktiviti. Kejurulatihan mendorong rasa pemilikan dan juga mendesak Pelatih memiliki rasa bertanggungjawab diri untuk mencapai prestasi yang lebih tinggi.