March 10

Apa itu Kejurulatihan (Coaching)?

Kejurulatihan, dalam bahasa Inggerisnya 'coach' berasal dari bahasa Hungary 'korci' - gerabak kuda. Ia bermaksud sejenis pengangkutan yang mengalih anda dari satu destinasi ke destinasi baru. Dalam konteks yang sama, kejurulatihan merupakan satu proses di mana seorang Jurulatih (individual yang memberikan perkhidmatan kejurulatihan) membolehkan seorang pelatih (individual yang menerima perkhidmatan kejurulatihan) beranjak dari situasi kehidupan sekarang ke sesuatu situasi baru yang beliau hasratkan.

Sejarah Kejurulatihan
Kejurulatihan muncul sejak tahun 1885 di dalam arena sukan. Atlet-atlet dilatih, dibimbing, diberi dorongan, dan dapat maklum balas bagi mempertingkatkan prestasi mereka. Kemudiannya di sekitar tahun 1976, Timothy Gallwey, seorang kapten tenis kemudian bertukar menjadi jurulatih, telah memperkenalkan konsep permainan minda diri dalam kejurulatihan sukan (inner game concept of sport coaching) kepada ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin korporat. Sejak itu, kejurulatihan profesional (kejurulatihan eksekutif) telah diperkenalkan dalam dunia korporat dan meraikan kejayaan luar biasa di bidang pembangunan manusia and peningkatan prestasi. 

Ketahui mengapa kejurulatihan sukan dan kejurulatihan profesional berbeza.

Selepas bertahun-tahun penyelidikan dan bekerjasama dengan Timothy Gallwey, mendiang Sir John Withmore dan Bob Kriegel telah berganding bahu dan memperkenalkan lebih banyak lagi pendekatan dan proses kejurulatihan yang kemas terperinci bagi organisasi-organisasi.

Pada tahun 1992, Sir John Withmore telah menerbit sebuah buku yang berjudul 'Coaching for Performance' dan pada masa yang sama memperkenalkan model kejurulatihan G.R.O.W., di mana ia menjadi satu kaedah peningkatan prestasi yang digemari oleh para pemimpin korporat and serta jurulatih di seluruh dunia. Untuk jangka waktu yang lama, Sir John telah dikenali sebagai perintis kejurulatihan bagi dunia korporat. Kerja-kerja dan sumbangan-sumbangan beliau juga diiktiraf oleh komuniti kejurulatihan. Pada tahun 2007, beliau telah dianugerahkan dengan Anugerah Presiden (President's Award) oleh Persekutuan Jurulatih Antarabangsa (International Coach Federation - ICF). Beliau juga dianggap sebagai salah seorang tokoh utama dalam komuniti kejurulatihan antarabangsa.

ICF telah ditubuhkan pada tahun 1995. Badan ini merupakan organisasi global terkemuka yang mendokong piawaian kejurulatihan profesional dan kod etika yang tinggi. Semua ahli adalah jurulatih yang terlatih. Pada tahun 2017, ICF telah mencatatkan hampir 30,000 ahli di 138 negara; sebuah organisasi bukan kerajaan yang terbesar dalam kejurulatihan profesional di dunia.

Kesedaran Kejurulatihan
Bagaimana kesedaran orang awam dan organisasi-organisasi tentang kejurulatihan profesional?

Laporan pada tahun 2017 mengenai Kajian Kesedaran Pengguna Sedunia ICF (ICF Global Consumer Awareness Study) dengan saiz sampel seramai 27,134 responden-responden di 30 buah negara telah menyatakan bahawa:

  • 66% daripada semua responden menyatakan bahawa mereka sangat atau agak menyedari tentang kejurulatihan berkaitan dengan bidang Perniagaan Profesional dan / atau Kehidupan Kendiri; berbanding dengan tahap kesedaran 58% pada tahun 2014 dan 51% pada tahun 2010.
  • Millennials (1983 - 1996) menunjukkan tahap kesedaran yang paling tinggi, dengan 73% menunjukkan bahawa mereka sangat atau agak sedari tentang kejurulatihan; diikuti oleh Generation X (1965 - 1982) dengan 69% menunjukkan bahawa mereka sangat atau agak menyedari kejurulatihan; berbanding dengan Generation Z (1997 - sekarang) dengan 63% tahap kesedaran tentang kejurulatihan.
  • Tiga motivasi teratas untuk mendapatkan perkhidmatan kejurulatihan adalah mengoptimumkan prestasi kerja individu / pasukan, meningkatkan kemahiran komunikasi, dan juga meningkatkan produktiviti.

Anda boleh mengetahui maklumat lanjut mengenai laporan tersebut di sini.

Sama ada individu ataupun kumpulan, kejurulatihan adalah cara untuk membina integrasi kerja-hidup, meningkatkan prestasi kerja, kemahiran komunikasi yang lebih baik, serta meningkatkan produktiviti. Kejurulatihan mendorong rasa pemilikan dan juga mendesak Pelatih memiliki rasa bertanggungjawab diri untuk mencapai prestasi yang lebih tinggi.


Tags

ICF, kejurulatihan, kejurulatihan profesional, kejurulatihan sukan, model GROW, sejarah kejurulatihan


You may also like

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Get in touch

Name*
Email*
Message
0 of 350
>