Mengapa Kejurulatihan Sukan dan Kejurulatihan Profesional Berbeza?

coaching

Apabila kita sebut tentang kejurulatihan (coaching), kita sering kaitkannya dengan kejurulatihan sukan. Olaraga, bola sepak, golf, renang, tenis, badminton merupakan beberapa sukan yang kita sering nampak adanya penglibatan kejurulatihan. Dan apabila kita menyebut tentang kejurulatihan di tempat kerja, kita akan bayangkan pendekatan yang serupa - yakni memberikan bimbingan, dorongan, inspirasi, dan membetulkan anak-anak buah untuk mencapai prestasi yang lebih tinggi.

Adakah kejurulatihan sukan dan kejurulatihan profesional mempunyai jurang yang besar? Jawapannya, tidak. Walaupun seakan-akan sama, kedua-duanya masih mempunyai perbezaan yang ketara di beberapa aspek yang tertentu.

Dari segi matlamat, kejurulatihan sukan dan kejurulatihan profesional mempunyai tujuan yang sama -  iaitu membantu pemain (pelatih - coachee) menyedari dan menemui potensi tersirat demi mencapai prestasi yang lebih tinggi. Kedua-dua bentuk kejurulatihan ini menekankan kepentingan perkembangan mental yang kental. Justeru itu, suatu sesi kejurulatihan yang berkesan sebenarnya menyingkirkan suara-suara negatif di dalam minda pelatih sehingga batasan fikiran beliau 'dibebaskan' untuk melaksanakan dan mencapai prestasi yang luar biasa. Seorang kapten tenis Harvard yang terkenal dunia dan kemudiannya menjadi seorang jurulatih, Timothy Gallwey dalam bukunya yang berjudul "The Inner Game of Tennis" menyarankan bahawa, adanya 'pencerita' (teller) dan 'pelaku (doer) di dalam setiap kita ini. Kedua entiti ini memisahkan kita daripada kebolehan yang ditonjolkan berbanding dengan keupayaan diri yang sebenarnya. Oleh itu, kejurulatihan bertujuan untuk merapatkan jurang di antara dua entiti ini supaya ianya beranjak ke depan sebagai satu entiti.

Kejurulatihan Sukan
Di sini, kita melihat bagaimana seorang Jurulatih Sukan memberi arahan tentang posisi pemain-pemain, menggunakan carta-carta taktikal, membincangkan pergerakan-pergerakan strategik, memberi semangat, serta kadang-kadang terlihat mereka jerit terhadap pemain-pemain dan pengadil-pengadil di gelanggang perlawanan. Dan inilah yang kita bayangkan ia juga akan berlaku di dalam kejurulatihan eksekutif (kejurulatihan profesional). Tidak benar sekali. Biar kita kembali bincang tentang perkara ini di segmen berikut.

Yang menarik ialah, apa yang berlaku di belakang tabir dalam kejurulatihan sukan adalah berbeza dengan apa yang tersebut di atas. Pada lazimnya, di antara pertandingan-pertandingan, Jurulatih Sukan menonton pita rakaman bersama pemain-pemain, memberi maklum balas, melatih semula, dan menjadi jurulatih bayangan (shadow coach) mereka dalam latihan. Jurulatih duduk bersama pemain-pemain dan menanya soalan-soalan berkaitkan dengan perkembangkan prestasi mereka - soalan yang berkenaan dengan apa yang telah dilakukan dengan baik dan apa yang boleh dilakukan supaya mencapai hasil yang lebih baik pada masa akan datang. Di samping itu, jurulatih menanya dan memahami apa yang benar-benar menaikkan semangat setiap pemain dan juga apa yang mereka perlukan agar dapat mencapai prestasi yang lebih baik dalam pertandingan seterusnya.

Kejurulatihan Profesional
Jurulatih Profesional adalah sama seperti Jurulatih Sukan yang melaksanakan tugasnya di belakang tabir gelanggang sukan. Perbualan mereka memberi tumpuan kepada masa kini dan masa depan, ianya berasaskan matlamat yang ingin dicapai, dan perubahan tingkah laku yang diperlukan untul mencapai matlamat tersebut serta prestasi yang lebih baik. Seorang Jurulatih itu menanya soalan-soalan bagi meningkatkan kepercayaan diri dan keyakinan pelatih (coachee) itu sendiri, supaya menemui titik-titik butanya (blind spots), dan beranjak ke depan dengan pelan tindakan yang jelas dan mantap.

Telitilah jadual rumusan berikut di mana ia menunjukkan perbandingan di antara kejurulatihan sukan dan kejurulatihan profesional:

Kejurulatihan Sukan

Kejurulatihan Profesional

Bidang

Pertandingan-pertandingan sukan

Kepimpinan, perniagaan, kerjaya, kehidupan, kewangan, hubungan, dan sebagainya.

Objektif

Meningkatkan pencapaian matlamat berkenaan dengan tingkah laku dan prestasi

Meningkatkan pencapaian matlamat berkenaan dengan tingkah laku dan prestasi

Pendekatan

Menyimpaikan ilmu pengetahuan, kemahiran, amalan, pengalaman, kebijaksanaan dan pemikiran, baik secara formal atau tersirat.

Bantu individu atau kumpulan menyedari dan menemui kemampuan diri serta memiliki rasa kepunyaan mencapai matlamat yang dihasratkan.

Kaedah yang digunakan

Memberi arahan dan tanpa memberi arahan.

Tanpa memberi arahan.

Corak komunikasi

Mengatur, mengajar, memberi nasihat, menyokong, dan menyelia.

Memberi upaya / kuasa, memudah-carakan, mengesahkan, dan menyokong.

Samada Kejurulatihan Sukan ataupun Kejurulatihan Profesional, ia membantu individual menyelami titik-titik buta, menyingkirkan kepercayaan terhad kendiri, dan mencapai prestasi yang lebih tinggi.

Spread the Word

Simon Yap

Simon is a Professional Certified Coach (PCC) credentialed by the International Coach Federation (ICF) USA, certified Facilitator, Trainer, and Training Evaluator. He helps Business Managers and Sales Coach master the leadership skills they need so they can build committed results-drive team and have the best talented people stay in the business. He has clocked more than 1,000 coaching hours helping C-suite leaders, Senior Managers, Managers, and Senior Government Officers achieve higher performance and results.